suria

Nahas A321: 'Pengaruh Luar' Punca Kemalangan

SYARIKAT penerbangan Rusia, Kogalymavia menyalahkan 'pengaruh luar' berhubung nahas kapal terbang di Sinai pada Sabtu lalu yang mengorbankan 224 nyawa.

Seorang pegawai kanan syarikat penerbangan itu berkata: "Satu-satunya penjelasan yang munasabah adalah bahawa ia adalah (kerana) pengaruh luar."

Bagaimanapun siasatan oleh pakar penerbangan yang menggunakan data daripada kotak hitam pesawat itu masih belum memberikan sebarang kesimpulan.

Ketua Agensi Penerbangan Persekutuan Rusia berkata masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca kemalangan itu.

"Ini hanya cakap-cakap... tidak berdasarkan kepada apa-apa fakta yang sahih," kata Aleksandr Neradko melalui TV Rusia.

Pegawai Rusia berkata, pesawat yang membawa pelancong dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir ke St Petersburg, Rusia itu mungkin berkecai di udara, namun masih terlalu awal untuk menyatakan punca kapal terbang itu terhempas.

Pada Sabtu, pesawat penumpang Rusia itu terhempas di kawasan pergunungan terpencil di Semenanjung Sinai, Mesir, 23 minit selepas berlepas dari sebuah pusat peranginan berhampiran Laut Merah.

Nahas tersebut membunuh kesemua 224 penumpang dan kru, termasuk 25 kanak-kanak.

A321

Artikel Sebelum

Rusia Serang Kubu IS Di Syria

Artikel Berikut

Artikel Lain