SINGAPURA: Satu gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan 83 kilometer barat laut ibu negara Timor Leste, Dili, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada Rabu. Gegaran pada kedalaman 143 kilometer itu mengakibatkan kerosakan kecil. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa akibat gempa itu setakat ini. - Reuters