suria

Rusia, Mesir Tolak Spekulasi Ada Bom Dalam Pesawat

Timbunan bunga di lapangan terbang St Petersburg sebagai memori tragedi pesawat Rusia terhempas di Semenanjung Sinai.

LONDON: Spekulasi kemungkinan bom pengganas punca pesawat Rusia terhempas dan mengorbankan 224 orang di Semenanjung Sinai lima hari lalu dibantah Mesir dan Rusia.

Hasil risikan Britain mendapati ada kemungkinan kumpulan Negara Islam (IS) terlibat hingga mengakibatkan berlakunya tragedi itu.

Malahan, di Washington, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hanya menyatakan adanya kemungkinan bom pengganas menyebabkan kemalangan pada Sabtu lalu itu, tetapi masih mahu menunggu hasil siasatan di lokasi tragedi itu.

Bagaimanapun, Rusia dan Mesir menekankan punca nahas itu perlu diputuskan selepas selesai siasatan bukannya berasaskan andaian.

Menteri Pengangkutan Udara Mesir, Hossam Kamal berkata, cadangan mengatakan adannya bom dalam pesawat itu tidak berasaskan fakta tepat kerana tiada bukti sebaliknya sekadar teori.

Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kremlin berpendapat:"Penilaian mengenai punca kemalangan itu perlu berasaskan data."

Terdahulu, Perdana Menteri Britain, David Cameron, mengarahkan semua pesawat Britain menghentikan penerbangan masuk atau keluar dari Semenanjung Sinai kerana 'maklumat perisikan' menunjukkan bom sebagai punca pesawat Metrojet Airbus A321-200 terhempas di gurun negara itu.

"Kami tidak tahu secara sahih, ada kemungkinan bom oleh pengganas," kata Cameron.

Pesawat Metrojet Russia itu terhempas 23 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sharm el-Sheikh menujuk St. Petersburg dengan kebanyakan penumpang adalah warga Russia. - AFP

Rusia, Mesia, bom, IS, Obama

Artikel Sebelum

Wanita Separuh Kabinet Kanada

Artikel Berikut

Artikel Lain