TEHRAN: Iran melantik duta wanita pertama sejak revolusi Islam 1979 dengan menamakan jurucakap Kementerian Luar Negeri, Marzieh Afkham bagi mengetuai kedutaannya di Malaysia. "Memilih Afkham sebagai duta mengambil beberapa minit tetapi memilih beliau sebagai pengganti mengambil masa empat bulan," kata Menteri Luar Mohammad Javad Zarif dalam satu majlis meraikan diplomat berusia 50 tahun itu di Tehran yang akan menggantikan posisi Jaber Ansari. Media Iran mula melaporkan berita tersebut sejak April lalu mengenai kenaikan pangkat Marzieh sebagai duta, namun ia belum disahkan. Zarif yang memberi penghormatan kepada duta wanita pertama di republik Islam berkhidmat sebagai jurucakap di Kementerian Luar Negeri, berkata Marzieh Afkham telah menjalankan tugasnya selama dua tahun dengan penuh 'bermaruah, keberanian dan wawasan'. Dalam pada itu, gensi berita IRNA, memuji Zarif untuk dalam membuat keputusan berani dan ' kepercayaannya kepada wanita'. Selepas pilihan raya 2013, Presiden Hassan Rouhani menggesa menteri untuk melantik wanita ke jawatan tinggi dan berkata, kerajaannya akan berdiri menentang diskriminasi, menamakan tiga wanita untuk posisi naib presiden di 11 buah negara. Walaupun dianggap lebih liberal berbanding dengan negara-negara Arab, undang-undang Iran telah dikritik sebagai tidak adil kepada wanita dalam kes-kes perkahwinan, perceraian dan warisan sejak revokusi. Walaupun wanita boleh memegang jawatan penting, termasuk di parlimen dan kabinet, mereka tidak boleh bertindak sebagai hakim dan tidak dibenarkan untuk bertanding presiden. - AFP