suria

AS Keluarkan Amaran Perjalanan Global

Pegawai polis Atlanta melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson di Atlanta, Georgia. -REUTERS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran perjalanan di seluruh dunia kepada rakyatnya susulan "peningkatan ancaman pengganas" selepas insiden serangan di Paris.

Pemburuan besar-besaran sedang dijalankan di Perancis dan Belgium bagi menangkap suspek bernama Salah Abdeslam kelahiran Belgium.

Dia disyaki terlibat dalam insiden tembak dan pengeboman berani mati pada 13 November seperti yang didakwa kumpulan Negara Islam (IS).

Amerika Syarikat mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi berikutan serangan yang mengorbankan 130 orang itu.

"Maklumat terkini menunjukkan bahawa ISIL, Al-Qaeda, Boko Haram dan kumpulan pengganas lain terus merancang serangan pengganas di beberapa kawasan.

"Rakyat Amerika Syarikat perlu berwaspada apabila berada di tempat-tempat awam atau menggunakan pengangkutan," kata seorang Penasihat Pelancongan Jabatan Negara.

Dia turut menasihati rakyat Amerika supaya mengelak untuk berada di kawasan orang ramai atau tempat yang sesak khususnya pada musim cuti. AFP

Artikel Sebelum

Bom Meletup Depan Pejabat

Artikel Berikut

Artikel Lain