PUEBLA: Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan 10 lagi cedera selepas bas bertembung dengan sebuah kereta di tengah Mexico sebelum terbakar, kata pengawai kerajaan pada Isnin. Pegawai penyiasat masih mencari kemungkinan lebih ramai mangsa yang terperangkap dalam kenderaan beberapa jam selepas nahas berlaku berdekatan Pekan Jalpan di Puebla. Pegawai di pejabat pendakwa raya Puebla berkata, 22 mayat dijumpai dari bas dan dua mayat dari kereta terbabit. "Bas itu penuh dengan penumpang. Hanya 10 orang yang berjaya melarikan diri melalui cermin kerana pintu bas disekat dengan kenderaan lain," kata pegawai itu. Gabenor Negeri Veracruz Javier Duarte mengesahkan angka kematian. Bas berkenaan dari negeri Veracruz. -AFP