suria

Lelaki Ceroboh Rumah Putih Bakal Didakwa

WASHINGTON: Seorang lelaki yang menceroboh Rumah Putih dengan memanjat pagar kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS) itu kini berdepan tindakan mahkamah.

Joseph Caputo ditahan ketika memanjat pagar di bahagian utara pada pukul 2.45 petang pada Hari Kesyukuran.

Perbuatannya itu menyebabkan kediaman rasmi pemimpin negara itu terpaksa ditutup bagi membolehkan Perkhidmatan Rahsia membuat pemeriksaan keselamatan di situ.

Laporan ABC News dan Washington Post menyebut, kejadian itu ketika AS meningkatkan kawalan keselamatan susulan serangan 13 November lalu di Paris yang mengakibatkan 130 terbunuh.

Ketika kejadian, Presiden Barack Obama berada di dalam Rumah Putih untuk menyambut perayaan berkenaan.

Beberapa jam sebelumnya gambar disiarkan jurugambar rasmi Rumah Putih di Internet menunjukkan Obama membuat panggilan telefon kepada pegawai kanan tentera AS.

Kejadian itu adalah yang ketiga Rumah Putih diceroboh walaupun Perkhidmatan Perisikan mengambil pelbagai langkah meningkatkan keselamatan di situ. - Reuters


Artikel Lain