suria

Pencuri Otak Manusia Kena Hukuman Tahanan Rumah

INDIANA: Pencuri otak manusia dikenakan hukuman tahanan rumah kerana perbuatannya memecah masuk muzium dan mencuri organ itu sebelum menjualnya di laman lelongan eBay.

Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan terhadapnya.

David Charles dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah selama setahun dan berada dalam pemerhatian polis selama 2 tahun, selain dilarang  mendekati kawasan muzium berkenaan.

Charles, memecah masuk Muzium Sejarah Perubatan Indiana yang dahulunya adalah hospital sakit jiwa dan mencuri beberapa balang yang berisi otak serta tisu manusia.

Laporan Metro.uk menyebut, Charles ditahan pada Disember 2013 selepas pembeli enam balang otak tersebut dengan harga £400 (RM1,806) membuat laporan polis.

Kegiatannya terbongkar apabila peniaga itu mendapati kesemua barangan tersebut adalah barangan curi milik muzium tersebut.

Pihak berkuasa turut merampas 80 balang berisi tisu manusia semasa serbuan.

otak, eBay, David Charles, Indiana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan