suria

Rusia Serang Penduduk Syria Guna Senjata Kimia, Langgar Konvensyen Geneva

BEBERAPA laporan mendakwa Rusia menjatuhkan fosforus putih terhadap penduduk awam di barat laut Syria dengan alasan kempen pengeboman berterusan menentang kumpulan militan Negara Islam (IS).

Senjata kimia berbahaya itu diharamkan dalam Konvensyen Geneva kerana ia mengandungi toksik dan boleh menyebabkan daging dan tulang manusia terbakar.

Cecair kimia fosforus putih itu digunakan oleh tentera Rusia ketika seragan pada malam atau siang.

Gambar yang dikongsikan di Twitter itu menunjukkan langit dihujani dengan bahan kimia berbahaya itu di ibu kota tempat yang turut dihuni IS di Raqqa.

Pertubuhan hak asasi manusia mendakwa serangan udara tentera Rusia itu telah mengorbankan ramai penduduk awam berbanding militan.

"Untuk melindungi presiden Syria, serangan udara Rusia menggunakan bom fosforus terhadap Raqqa," tulis seorang Islam warga Iraq di laman twitternya.

Pada 13 November, saksi memberitahu The Times bahawa ramai penduduk awam mengalami kecederaan parah berikutan dua serangan fosforus.

"Kami tahu ia adalah fosforus kerana langit bercahaya dan mengeluarkan api," kata Ahmed yang merupakan seorang aktivis berpengkalan di Idlib.

Jelasnya, dua buah kampung yang ramai dengan penduduk awam yang terletak sekurang-kurangnya 50 kilometer batu dari pusat pangkalan tentera itu menjadi sasaran.

Jika terkena bahan kimia tersebut boleh menyebabkan kegagalan jantung, hati dan buah pinggang juga boleh mengakibatkan kematian.

Konvensyen Geneva menjelaskan bahawa senjata kimia digunakan untuk membakar objek atau menyebabkan terbakar kepada mangsa melalui tindak balas api dan haba.

Sementara itu, Presiden Rusia Vladimir Putin dijangka bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam persidangan perubahan iklim di Paris dan akan turut mengadakan pertemuan selama 30 minit di persidangan berkenaan.

Menurut jurucakap Kremlin, mereka akan membincangkan konflik berterusan yang berlaku di Syria dan Ukraine.

Obama menegaskan bahawa kepentingan Rusia menyerang militan IS di Syria adalah sebahagian dari kempen pengeboman dan tidak memfokuskan serangan militan terhadap kumpulan pemberontak yang menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Obama juga melahirkan rasa sedih terhadap juruterbang Rusia Oleg Peshkov yang pesawatnya ditembak jatuh di sempadan Syria dengan bom misil milik Turki.

Perjumpaan itu dibuat selepas aktivis mendedahkan serangan udara Rusia yang menyebabkan ramai penduduk awam mati daripada pejuang IS di Syria sejak kempen pengeboman bermula dua bulan lepas.

Pemantau bagi Hak Asasi Manusia yang berpengakalan di London menganggarkan 1,502 orang awam terbunuh dalam serangan udara Rusia di Syria.

Sebanyak 40 peratus terdiri daripada pemberontak dan militan al-Qaeda dan 32 peratus penduduk awam terbunuh dalam serangan Rusia.

Serangan udara yang dipercayai dilakukan oleh pesawat tentera Rusia mengorbankan sekurang-kurangnya 18 penduduk awam termasuk empat kanak-kanak dan ramai yang tercedera di barat laut Syria pada Ahad.

Serangan udara terbabit telah memusnahkan tiga bangunan di Ariha.

Rusia berkata serangan itu menyasarkan lokasi IS dan pengganas lain, tetapi pegawai kerajaan Barat dan pemberontak Syria mengatakan serangan itu tertumpu di kawasan tengah dan utara Syria yang mana IS tidak berada di situ.

Menurut media tempatan, Presiden Bashar al-Assad berkata beliau akan berjuang untuk keganasan dalam semua bentuk kerana Syria dan sekutunya yakin dapat menghapuskan pengganas sebagai langkah utama dalam membawa kestabilan kepada seluruh dunia.


Syria, Rusia, Kremlin

Artikel Lain