WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang mentiasat wang berjumlah AS$28,000 (RM119,532) yang didepositkan ke dalam akaun pasangan suami isteri yang menembak mati 14 orang dalam satu insiden tembakan rambang di California minggu lalu. Menurut sumber, wang berkenaan dipercayai dimasukkan oleh seorang peminjam secara dalam talian kira-kira dua minggu sebelum insiden serangan. Tambah sumber, polis menyiasat perkara itu sebagai tindakan keganasan. Menerusi satu pendedahan, tindakan suspek pertama, Syed Rizwan Farook, 28, mengambil wang berkenaan dari perkhidmatan pinjaman yang berpangkalan di San Francisco telah membawa kepada petunjuk baharu dalam siasatan berhubung insiden. FBI menyifatkan Farook dan isterinya, Tashfeen Malik, 29, sebagai pasangan yang radikal oleh ideologi extremis. Seramai 14 orang terbunuh dan 21 yang lain cedera dalam insiden tembakan rambang di California. Pasangan itu bagaimanapun ditembak mati beberapa jam dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis. - Reuters