suria

Fenomena El Nino Berlaku Sehingga Tahun Depan - PBB

BANGKOK: Fenomena El Nino yang berlaku sekarang dijangka berterusan sehingga suku kedua tahun depan, menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Amaran ini dikeluarkan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia dan Pasifik (ESCAP) serta Sistem Amaran Awal Pelbagai Bahaya bagi Afrika dan Asia (RIMES).

Mereka berkata taufan itu yang bermula sederhana dan setempat di Pasifik pada akhir 2014 kini meningkat untuk meliputi sebahagian besar Asia dan Pasifik dengan mendatangkan kesan besar seperti di tengah dan selatan India, tengah dan timur laut Thailand, tengah dan selatan Filipina, utara Kemboja, timur Indonesia, Papua New Guinea dan banyak negara kepulauan Pafisik lain.

Hujan yang berkurangan dilapor telah menjejaskan pertanian di beberapa negara hingga menyebabkan kerugian di negara seperti Timor Leste, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Vanuatu dan Fiji. -Bernama

El Nino, PBB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain