suria

Helikopter Digunakan Krew MTV Terhempas, Dua Terbunuh

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila sebuah helikopter yang digunakan oleh krew saluran televisyen MTV terhempas di barat Argentina pada Sabtu.

Menteri Keselamatan Wilayah Mendoza, Gianni Venier berkata, kejadian berlaku di lokasi yang terletak kira-kira 600 kilometer dari ibu negara, Buenos Aires.

"Bangkai pesawat telah ditemui, juruterbang dan jurutera helikopter dilapor terbunuh dalam kejadian itu.

"Tetapi belum dapat disahkan sama ada krew MTV turut berada di dalam pesawat ketika ia terhempas," jelasnya.

Pasukan penyelamat dikatakan menghadapi beberapa kesukaran untuk sampai ke kawasan bangkai pesawat bagi membuat pengesahan.

Kejadian pesawat terhempas melibatkan krew siaran televisyen adalah yang kedua berlaku pada tahun ini di Argentina selepas insiden sama menimpa krew program realiti TV Perancis pada Mac lalu.

MTV, Argentina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain