suria

Pesawat Air France Mendarat Cemas Selepas Temui Bungkusan Disyaki Bom

NAIROBI: Sebuah pesawat Air France dari Mauritius ke Paris terpaksa mendarat cemas di Kenya pada malam Sabtu selepas satu bungkusan mencurigakan dikesan di dalam pesawat, kata polis Kenya.

Pesawat AF 463 yang membawa 459 penumpang dan 14 anak kapal berlepas dari Mauritius pada pukul 9 malam waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada pukul 5.50 pagi.

Ia membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Moi, Mombasa sebelum pukul 1 pagi waktu tempatan.

"Ia memohon untuk membuat pendaratan cemas selepas satu peranti yang disyaki sebuah bom ditemui di dalam tandas. Ia selamat mendarat dan semua penumpang dipindahkan," kata jurucakap polis, Charles Owino.

"Pakar bom dari tentera laut dan jabatan siasatan jenayah dipanggil dan mengambil peranti berkenaan untuk diperiksa sekiranya ia mengandungi bahan letupan," katanya. - AFP

Air France

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain