JAKARTA: Sebuah pesawat komersial, Kalstar Aviation dilaporkan tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang El Tari Kupang di Nusa Tenggara Timur (NTT) lewat Isnin. Menurut laporan portal berita, kejadian pada kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu dipercayai akibat cuaca buruk kerana hujan lebat. Pesawat dari daerah Ende, Pulau Flores itu tergelincir sejauh 200 meter dari landasan dan beberapa penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan. Portal berita itu memetik kenyataan akhbar Kementerian Perhubungan yang mengesahkan pesawat jenis Embraer dengan nombor penerbangan EM195 itu membawa membawa 104 orang penumpang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pengurus Besar Angkasa Pura Kupang I, Ketut Arnawa dipetik sebagai berkata kesemua penumpang telah dikeluarkan dari pesawat dan ditempatkan di ruang menunggu.