PARIS: Seorang lelaki warga Perancis yang didakwa menyembelih dan menggantung kepala majikannya di pagar sebuah kawasan industri bertindak membunuh diri di dalam penjara, lapor pihak berkuasa pada Rabu. Yassin Salhi, 35, ditemui menggantung dirinya di sel yang dihuni menggunakan cadar pada malam selasa. Yassin sebelum ini dilapor melakukan pembunuhan ngeri terhadap Herve Cornara di Isere pada pertengahan Jun. Suspek menggantung kepala majikannya di pagar sebuah kilang dan turut memasang bendera kumpulan militan Negara Islam (IS) di sekelilingnya. Selepas ditahan, Yassin telah dikurung bersendirian dan tidak dianggap akan membunuh diri oleh pihak penjara. Bagaimanapun suspek pernah cuba membunuh diri dengan meletupkan diri, tetapi berjaya diselamatkan oleh petugas penjara.