SEKURANG-KURANGNYA 25 terkorban, manakala lebih 100 yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di Jazan, Arab Saudi. Setakat ini, punca kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan itu masih belum diketahui. Insiden itu menyebabkan pasukan petugas kecemasan menyelamatkan pesakit dengan membawa mereka keluar dari bangunan hospital itu. Akhbar tempatan melaporkan, pesakit telah dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut. Selain Unit Rawatan Rapi, bangunan yang menempatkan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi juga mengalami kerosakan teruk.