suria

Peminat Fanatik Star Wars Ditahan, Ugut Remaja Dedah Jalan Cerita The Force Awakens

MONTANA: Tindakan seorang remaja mendedahkan jalan cerita sekuel terbaharu Star Wars, The Force Awakens membawa padah apabila peminat fanatik filem itu mengugut untuk menembaknya.

Lelaki berkenaan, Arthur Roy dari sini terlalu berang apabila remaja berkenaan yang juga kenalan di laman sosial Facebooknya membongkar cerita itu sebelum dia menontonnya.

Berikutan itu, mereka mula bertengkar di FB hinggakan Roy bertindak menghantar gambarnya dengan senjata api kepada pelajar itu.

Akibat tindakannya itu, Roy ditahan pada Jumaat lalu atas dakwaan mengugut dengan senjata dan dibebaskan dengan ikat jamin AS$10,000 (RM42,983).

Sementara itu, pegawai polis berkata, pelajar itu bimbang Roy akan menembaknya selepas lelaki itu mengugut akan mencari mangsa.

Susulan itu juga, sekolah pelajar itu turut diletakkan di bawah pengawasan polis selepas pihak berkuasa melihat gambar Roy bersama sepucuk pistol jenis Colt 1911.

“Remaja itu ketakutan dan percaya ancaman itu benar. Dia juga percaya suspek akan ke sekolah dan menembaknya,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Melissa Broch.

Tayangan filem Star Wars: The Force Awaken memecah rekod pecah panggung dengan kutipan tiket AS$248juta (RM1.1bilion) juta) di Amerika Syarikat dan Kanada pada minggu pertama pembukaannya..


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain