PARIS: Sejumlah 110 wartawan terbunuh di seluruh dunia pada 2015, kata pertubuhan akhbar, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) pada Selasa. Seramai 67 wartawan terbunuh semasa bertugas tahun ini, manakala 43 lagi tidak diperjelaskan, kata kumpulan pemerhati itu. Selain itu, 27 wartawan bukan profesional dan tujuh lagi petugas media turut terbunuh. Menurut laporan itu, angka kematian tinggi berikutan sebahagian besarnya disebabkan oleh keganasan yang disengajakan terhadap golongan wartawan dan menunjukkan kegagalan inisiatif untuk melindungi petugas media. Ia berkata, dua pertiga wartawan terbunuh di negara-negara zon peperangan pada 2014. Bagaimanapun, keadaan itu berbeza pada 2015 apabila dua pertiga wartawan terbunuh di negara-negara aman. - AFP