suria

Serangan IS: Pelancong Di Laut Merah Cedera Parah

KAHERAH: Tiga pelancong asing cedera dalam serangan di sebuah hotel di pusat peranginan Laut Merah, Hurghada yang turut mengorbankan penyerang bersenjata, manakala rakannya cedera parah.

Kementerian Dalam Negeri memberitahu, penyerang yang dipercayai didalangi IS cuba masuk ke kawasan hotel melalui restoran di bahagian hadapan jalan.

Salah seorang mangsa, Sammie Olovsson, 27, dari Sweden berkata, dia ditikam empat kali pada leher tetapi bernasib baik kerana senjata itu tidak terkena urat utama lehernya.

Selain itu, jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Megahed pula berkata, mangsa yang terdiri daripada dua warga Austria dan seorang dari Sweden itu cedera ditikam.

"Mereka kini dalam keadaan stabil," katanya sambil menambah penjenayah bersenjatakan pisau ketika menyerang Hotel Bella Vista.

Sementara itu, seorang pegawai keselamatan pula berkata, kira-kira 40 warga Arab Israel sedang menunggu untuk menaiki bas ketika serangan itu berlaku dan kumpulan militan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.



Laut Merah, IS, Hotel Bella Vista

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain