ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata serangan terbaharu di lokasi pelancongan di Istanbul dilakukan oleh seorang pengebom berani mati yang berasal dari Syria. Selain itu katanya Kebanyakan 10 mangsa yang terbunuh akibat serangan itu terdiri daripada warga asing. "Saya mengutuk serangan keganasan yang dilakukan oleh seorang pengebom berani mati berasal dari Syria. "Malangnya... ada kematian, termasuk penduduk tempatan dan warga asing. Kejadian ini menunjukkan sekali lagi kita perlu berdiri bersama-sama dalam menghadapi keganasan," kata Erdogan dalam ucapannya di Ankara sebagai reaksi pertama berhubung letupan itu.