suria

Anti-Islam: Obama Bidas Trump

WASHINGTON: Presiden Barack Obama secara terbuka membidas calon presiden Republican kerana kritikan bersifat anti-Islam dan menghina penduduk Muslim yang dianggap sesuatu yang mengkhianati identiti Amerika Syarikat (AS).

Obama menyampaikan ucapan terakhirnya pada Kongres sebagai Presiden AS sebelum meninggalkan pejabat sebaik tamat tempoh perkhidmatannya tahun depan.

Mesej itu ditujukan kepada Donald Trump yang berterusan mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Islam termasuk mengaitkan agama itu dengan kegiatan militan.

"Apabila ahli politik menghina Muslim, ia tidak akan meletakkan kita dalam keadaan selamat.

"Ia sesuatu yang salah, malah meletakkan kita lebih jauh di mata dunia dan sukar mencapai matlamat," katanya sambil disambut dengan tepukan anggota Kongres.

Kata Obama lagi, ada sesetengah pihak menganggap mereka perlu bersuara lantang untuk tampil berbeza tetapi ia tidak benar.

"Biasanya cara terbaik adalah menurunkan nada kerana dengan nada perlahan anda berpeluang mendengar apa kata orang lain dan ia boleh membawa banyak perubahan," katanya.

Pada ucapan sama, Obama menyangkal dakwaan AS mengalami kemerosotan ekonomi dengan menganggapnya sebagai 'mengarut'.

"Sesiapa saja yang mendakwa ekonomi Amerika sedang merosot adalah seperti cuba menjual cerita fiksyen," katanya.


Artikel Lain