SINGAPURA: Pesawat Tigerair menuju ke Singapura membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas seorang penumpang warga Singapura meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari Chiang Mai, menurut laporan. Lelaki berusia 58 tahun itu sedang membawa pulang lima ahli keluarganya dari Chiang Mai bersama isterinya, warga Thailand melalui Penerbangan PR 2177, lapor Thai PBS pada Rabu. Isterinya telah memaklumkan pegawai di lapangan terbang Thailand bahawa suaminya menghidap penyakit kronik, menurut laporan itu. Lelaki itu jatuh sakit di atas kapal terbang, memaksa juruterbang melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang Suvarnabhumi untuk bantuan perubatan. Tetapi dia telah meninggal dunia dalam pesawat. Mayatnya kemudian dibawa keluar untuk bedah siasat di Hospital Besar Polis, kata laporan itu. - The Straits Times/Asia News Network