suria

Charlie Hebdo Dikecam, Siar Kartun Aylan Kurdi Pencabul

Tiga lakaran kartun yang mengaitkan Aylan Kurdi disiarkan Charlie Hebdo dengan yang terkini di sebelah kiri, manakala dua lagi pada September lalu.

PARIS: Tanpa rasa bersalah, majalah satira Perancis, Charlie Hebdo tampil dengan lukisan kontroversi apabila  menggambarkan Aylan Kurdi, kanak-kanak Syria yang ditemui mati lemas di pantai sebagai pencabul.

"Apa akan jadi kepada si kecil Aylan jika dia besar? Pencabul di Jerman." demikian catatan pada kartun itu yang menyebabkan pelbagai pihak bertambah marah.

Menurut Al-Jazeera, kartun tersebut disiarkan susulan kes pencabulan di Cologne, Jerman baru-baru ini yang didakwa dilakukan oleh migran, termasuk pelarian Syria.

Penyiaran kartun itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk mengecam tindakan majalah itu kerana melibatkan kanak-kanak malang itu.

Tindakan Charlie Hebdo turut mendapat reaksi pengamal media sekitar Eropah yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

"Tidak berhati perut dan rasis!" kata wartawan, Hala Jaber menerusi laman Twitter.

Sementara itu, Koresponden ABC di Timur Tengah, Sophie McNeill pula menganggap ia tindakan yang amat mengejutkan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain