OUAGADOUGOU: Seramai 63 tebusan, termasuk 33 yang cedera, berjaya dikeluarkan dari hotel di Burkina Faso yang dikepung kumpulan lelaki bersenjata pengganas al-Qaeda sejak awal pagi Sabtu. Antara yang diselamatkan ialah Menteri Buruh, Clement Sawadogo. Perkara itu disahkan Menteri Komunikasi, Remis Dandjinou kepada AFP. "Terdapat kematian namun jumlahnya belum dapat disahkan. Serangan berterusan itu dijalankan bersama anggota Burkinabe yang disokong pasukan khas Perancis," kata Dandjinou. Laporan awal sebelum ini menyebut bahawa sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam serangan berkenaan. Namun jumlah itu mungkin meningkat apabila Menteri Dalam Negeri, Simon Campaore memberitahu AFP bahawa maklumat yang diterima daripada anggota bomba menyatakan bahawa mereka melihat 10 mayat di restoran di seberang hotel. "Kami belum lagi mempunyai sejumlah orang yang mati," kata Campaore.