suria

Warga Belanda Mangsa Serangan Jakarta Kini Stabil

Serorang warga asing terbaring akibat cedera dalam serangan bom di Jakarta, Khamis.

JAKARTA: Warga Belanda, Yohanes Antonius Maria yang cedera dalam serangan bom di sini, Khamis dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan pada bahagian belakangnya.

Ahli keluarganya yang dikenali sebagai Mursaleen berkata, lelaki berusia 52 tahun itu mula dibedah pada pukul 2 petang, Jumaat di Hospital Gatot Subroto di Jakarta Tengah.

"Yohanes tidak lagi dalam keadaan kritikal, dia semakin," kata Mursaleen.

Mangsa kejadian itu adalah kakitangan pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Indonesia cedera akibat kesan letupan bom dalam kejadian yang mengorbankan tujuh nyawa itu.

Ketika kejadian, dia berada di Starbucks apabila pengebom berani mati dan pengganas melepaskan tembakan di Jalan M.H Thamrin di sini.

Wakil Kedutaan Belanda turut melawatnya bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Dalam kejadian sama, seorang warga Kanada dan rakyat tempatan serta lima pengganas terkorban dalam serangan itu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Power Rangers Dituduh Membunuh

Artikel Lain