suria

Kira-Kira 20 Terbunuh Serangan Di Burkina Faso

Gambar yang diambil daripada rakaman video Associate Press Television menunjukkan lokasi serangan di sebuah hotel di Ouagadougou, Burkina Faso.

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 20 terbunuh dan 15 lagi cedera dalam serangan lelaki bersenjata di sebuah hotel empat bintang di tengah-tengah ibu negara Burkina Faso.

Dalam kejadian pada Sabtu, insiden serangan itu dikatakan dilakukan oleh sekurang-kurangnya enam suspek anggota militan.

Pengarah Hospital Yalgado Ouedraogo, Robert Sangare berkata hingga kini pihaknya tidak mempunyai angka kematian yang tepat namun yakin sekurang-kurangnya 20 terkorban.

"Selain itu kami menerima sekurang-kurangnya 15 yang cedera akibat terkena peluru manakala yang lain cedera ringan ketika panik menyelamatkan diri," katanya.

Seorang pegawai polis dikatakan ditembak selepas cuba memasuki Hotel Splendid dari kafe restoran yang berhadapan dengan hotel berkenaan.

Pihak keselamatan dilaporkan masih berbalas tembakan di tempat kejadian setakat ini.

Burkina Faso

Artikel Lain