suria

Bali Terima Nota Ancaman Pengganas

Kawalan keselamatan diperketatkan susulan surat ancaman serangan pengganas yang diterima pejabat kerajaan di Bali pagi Selasa.

BALI: Polis Indonesia kini memperketatkan kawalan keselamatan di sini terutama sekitar destinasi pelancongan terkemuka negara itu susulan ancaman serangan yang diterima pada Selasa.

Kumpulan pengganas dilaporkan telah menghantar surat ancaman ke pejabat kerajaan di daerah Buleleng di sini pada jam 9 pagi.

Menurut laporan media tempatan, catatan pada surat itu menyebut: "Anggota kami kini berada di Denpasar dan Singaraja untuk menyerang pusat beli-belah, pejabat dan destinasi pelancongan."

Berikutan itu, siasatan terperinci sedang dilakukan pihak berkuasa tempatan selepas serangan berdarah di luar pusat beli-belah di tengah Jakarta minggu lalu.

Sementara itu, Ketua polis Buleleng, Heri Heriyadi mengesahkan surat itu dihantar ke sebuah pejabat kerajaan di daerah itu.

“Apabila surat itu dibuka seorang pegawai, keadaan menjadi kecoh.

“Pegawai kami terus membawa saksi dan surat berkenaan ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku melancarkan tujuh serangan bom dan tembakan di tengah Jakarta, minggu lalu.


Bali, Denpasar, IS, militan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain