suria

Bahrun Naim Dakwa Balas Dendam Motif Serang Jakarta

JAKARTA: Suspek dalang pengeboman di Jakarta, Bahrun Naim telah memuatnaik manifesto keganasan yang menggesa supaya lebih banyak serangan dilakukan menggunakan senjata seperti pemutar skru dan serpihan kaca.

Pakar teknologi maklumat itu juga mendakwa serangan itu sebagai membalas dendam terhadap tindakan polis Indonesia membunuh kumpulan yang dikenali sebagai 'Jesus 88'.

Militan kelahiran Solo itu dikatakan telah mengaktifkan semula blognya pada Isnin dan memuatnaik mesej berbaur marah dan kebencian pada 18 Januari di mana dia telah meminta pengikutnya menyerang musuh mereka.

"Guna pemutar skru, pisau dapur dan juga serpihan kaca," katanya menerusi mesej itu.

Pada hari sama juga, Bahrun turut memuji serangan di Jakarta dan mengakui polis dan warga asing sebagai sasaran utama.

Minggu lalu, Bahrun disyaki merancang serangan yang mengakibatkan lapan terbunuh termasuk empat militan di ibu kota Indonesia itu.

Bahrun dipercayai berada di Syria dan postingnya pada November lalu telah memuji tindakan pengganas ketika menyerang Paris tahun lalu.

Pengarah Institut Analisa Konflik dan Polisi yang berpangkalan di sini, Dr Sidney Jones memberitahu Daily Mail Australia, kegiatan Bahrun sememangnya diketahui agensi risikan sejak dia dikesan ke Syria pada Januari 2015.




Bahrun Naim, Jakarta, Syria, bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain