WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di enam negeri akibat ribut salji raksaksa yang melanda timur Amerika Syarikat, menurut para pegawai, Ahad. Datuk Bandar New York Rang Bill de Blasio mengesahkan tiga orang maut tertimbus salji, manakala pegawai di North Carolina berkata enam orang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Virginia dan Kentucky masing-masing melaporkan dua kematian, dan seorang meninggal dunia di Maryland dan Arkansas. "Ia adalah satu peringatan kepada semua orang untuk tidak terlalu mendedahkan diri terutamanya kepada mereka yang mempunyai sebarang jenis masalah kesihatan," kata De Blasio kepada CNN. Ribut itu yang digelar 'Snowzilla' melanda sebahagian besar Amerika Syarikat timur, dengan lambakan salji yang hampir menyamai rekod salji di Washington, New York dan bandar-bandar utama lain.