suria

Pengguna WhatsApp Kini Satu Bilion

SAN FRANCISCO: Khidmat pesanan telefon pintar WhatsApp yang dimiliki Facebook kini mencecah satu bilion pengguna, kata pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg.

"Satu bilion orang kini menggunakan WhatsApp," kata Zuckerbeg dalam satu kenyataannya di halaman Facebooknya.

"Hanya ada beberapa perkhidmatan yang menghubungkan lebih dari satu bilion orang."

Menurut Zuckerbeg, jumlah mereka yang menggunakan WhatsApp adalah lebih dua kali ganda sejak Facebook itu membeli perkhidmatan itu sebanyak AS$19 bilion (RM79.25 bilion) pada 2014.

"Hampir seorang dalam tujuh orang di muka Bumi ini menggunakan WhatsApp setiap bulan dan berhubung dengan insan tersayang, rakan-rakan dan keluarga mereka," kata pasukan WhatsApp dalam satu kenyataan di blog.

Selepas membeli WhatsApp, Facebook menjadikan perkhidmatan itu secara percuma. 

Menurut Zuckerberg, langkah seterusnya adalah menjadikan ia lebih mudah menggunakan perkhidmatan itu untuk berhubung dalam konteks perniagaan. - AFP

Mark Zuckerberg, WhatsApp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain