suria

Jho Low Terpaksa Jual Tiga Lukisan Dengan Harga Lebih Rendah

Low Taek Jho.

NEW YORK: Ahli perniagaan dari Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang pernah menjadi tumpuan susulan kehidupan mewahnya dan hubungan politiknya dengan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sekali lagi menimbulkan gosip dalam dunia seni.

Sejak 3 Februari lalu, Jho Low dikatakan telah menjual hasil karya Claude Monet, Pablo Picasso dan Jean-Michel Basquiat, menurut tiga individu yang mengetahui perkara itu.

Kesemua karya tersebut dijual pada harga AS$54 juta (RM225 juta), iaitu jauh lebih rendah berbanding harga sebenar.

Kerugian yang dialami sekurang-kurangnya bersamaan nilai pembelian dua keping lukisan berkenaan.

Lukisan itu yang dikonsain oleh Low antara karya seni yang dilelong pada acara lelongan Sotheby di London bulan ini.

Ketiga-tiga lukisan tersebut dicagarkan sebagai sebahagian daripada cagaran untuk pinjaman sebanyak AS$100 juta (RM416 juta) daripada perkhidmatan Kewangan Sotheby.

Dua individu yang mendedahkan perkara tersebut bagaimanapun meminta untuk tidak dinamakan kerana maklumat itu sulit.

Pada tahun lalu, Low dikaitkan dengan skandal 1MDB yang mendapat perhatian seluruh dunia.




Jho Low, lukisan

Artikel Lain