suria

Christchurch Bergegar Lagi Selepas Lima Tahun

WELLINGTON: Bunyi siren kedengaran di bandaraya Christchurch, sekali gus menandakan penduduk perlu bertindak pantas susulan gempa bumi yang melanda awal pagi Ahad.

Gempa berukuran 5.8 magnitud itu mengakibatkan sekurang-kurangnya satu bangunan terpaksa dikosongkan.

Kejadian di pulau selatan negara itu juga menyebabkan pelbagai barangan berselerakan akibat gegaran kuat yang dialami.

Gempa berkenaan berlaku menjelang sambutan kelima tragedi gempa 6.3 magnitud melanda Christchurch yang mengorbankan 185 nyawa yang dianggap bencana paling besar di New Zealand.

Gempa terbaharu ini dikesan Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) pada kedalaman 8 kilometer (km) dan berpusat di 17km di barat bandar raya berkenaan. - AFP


Chrischurch, gempa bumi, USGS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain