DOHA: Langkah membekukan pengeluaran minyak adalah mencukupi bagi meningkatkan pasaran minyak, kata Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi pada Selasa. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas beliau bersama dengan menteri-menteri minyak dari Qatar, Rusia dan Venezuela bersetuju untuk membekukan pengeluaran pada paras Januari dan berharap pengeluar utama yang lain akan ikut serta. "Pembekuan masa kini pada paras Januari adalah mencukupi untuk pasaran, kami percaya," katanya. "Kami mengakui hari ini bekalan semakin menurun kerana harga semasa. Kami juga mengakui bahawa permintaan semakin meningkat. "Sebab kami bersetuju untuk membekukan potensi pengeluaran adalah mudah, ia adalah permulaan proses yang kita akan nilai dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan membuat keputusan jika kita memerlukan langkah-langkah lain untuk menstabilkan dan meningkatkan pasaran," kata Naimi. "Ini adalah sangat penting, kita tidak mahu pusingan ketara dalam harga, kami mahu memenuhi permintaan. Kami mahu harga minyak yang stabil," katanya.