ANKARA: Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 61 cedera dalam satu letupan bom kereta yang menyasarkan pasukan tentera di Ankara, Turki pada awal pagi Khamis.
Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam reaksi awalnya berikrar untuk membalas dendam terhadap mereka yang melakukan serangan itu.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Numan Kurtulmus berkata hingga kini pihaknya masih belum mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab mengenai serangan itu.
"Serangan ini jelas menyasarkan negara yang kita cintai secara keseluruhan. Ia dilakukan dengan cara yang keji, hina, khianat dan berbahaya," kata Kurtulmus.
Lokasi kejadian adalah berhampiran dengan ibu pejabat tentera Turki dan bangunan parlimen.
Letupan kuat yang kedengaran di seluruh Ankara membawa mesej cemas kepada orang ramai