PEMAIN tenis nombor satu Britain, Andy Murray dan isterinya Kim dilaporkan menamakan anak perempuan mereka yang baharu lahir sebagai Sophia Olivia. Pada awalnya, Murray tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai nama anaknya yang dilahirkan pada 7 Februari lalu. Nama itu diberikan walaupun timbul spekulasi kemungkinan pasangan berkenaan akan memilih nama tradisional Scotland. Bagaimanapun, seorang teman rapat mendedahkan nama yang telah diberikan kepada bayi itu ialah Sophia Olivia Murray. - Mail Online