BERLIN: Syarikat gergasi Mars Chocolate pada Selasa memanggil balik produk coklat keluarannya, Mars dan Snickers serta coklat mini Milky Way di Jerman dan Belanda selepas plastik telah dijumpai di dalam produk tersebut. "Mars Chocolate sedang menjalankan panggilan semula secara sukarela terhadap produk coklat Mars, Snickers, Milky Way dan Celebrations selepas sedikit plastik ditemui dalam produk itu," kata syarikat itu dalam satu kenyataan mengenai panggilan semula produknya di Jerman. Produk yang terjejas adalah produk-produk dengan tarikh luput sebelum 19 Jun 2016 hingga 8 Januari 2017. Syarikat itu berkata senarai penuh produk yang terjejas dapat dilihat di laman web www.mars.de tetapi laman web ini dilihat mengalami gangguan pada awal petang. "Dengan penarikan balik ini, kami ingin mengelakkan pengguna yang telah membeli salah satu produk di atas daripada mengambilnya," kata Mars.