BEBERAPA gambar tiga Orang Utan yang terkorban dalam kebakaran hutan di Bontang, timur Kalimantan baru-baru ini mula tersebar hingga menarik perhatian pelbagai pihak. Orang Utan itu - dua berusia dalam lingkungan 20 tahun, manakala satu lagi baru berusia kira-kira setahun. Pengasas Pusat Perlindungan Orang Utan, Hardi Baktiantoro mendakwa kebakaran hutan itu sengaja dilakukan untuk mengosongkan kawasan itu supaya dijadikan ladang. "Adalah salah untuk mengosongkan hutan dengan cara pembakaran dan dalam hal ini masih ada tiga Orang Utan menjadikan kawasan itu sebagai habitat," katanya. Sebaik selesai menjalankan siasatan kematian Orang Utan itu, sepasukan pegawai dari Taman Nasional Kutai dan polis Bontang menanam ketiga-tiga mamalia berkenaan yang maut akibat kejadian pada 20 Februari lalu itu. Nasib yang menimpa ketiga-tiga Orang Utan itu diketahui ramai apabila gambar haiwan itu dimuatnaik ke laman media sosial, Facebook penduduk tempatan. "Saya terbaca status seorang kawan di Facebook mengenai kematian Orang Utan itu, jadi saya ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kerana haiwan ini adalah ikon Indonesia.