JAKARTA: Ratusan anggota tentera, polis dan bomba bertungkus lumus cuba memadamkan kebakaran yang melanda hutan di sekitar wilayah Riau di Sumatera. Sebuah helikopter turut digunakan untuk memadamkan kebakaran hutan yang dipercayai akibat pembakaran terbuka. Kejadian itu bermula berikutan kegiatan pihak yang membuka ladang selain cuaca panas akibat El Nino ketika ini. Jurucakap Gabenor Riau, Darusman berkata, situasi semasa yang semakin kritikal menyebabkan kerajaan Indonesia mengisytiharkan darurat. “Gabenor mengisytiharkan darurat bagi mengelak bencana lebih besar seperti jerebu yang melanda pada 2015,” kata.