suria

Ibu Cedera Ditembak Bangga Anak Empat Tahun Mampu Lepaskan Tembakan

Jamie Gilt bersama anaknya yang melepaskan tembakan menggunakan senjata yang ditemui di tempat duduk belakang trak pikapnya.

FLORIDA: Seorang ibu cedera parah di bahagian belakang akibat terkena tembakan yang dilepaskan anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Sehari selepas kejadian itu, Jamie Gilt yang menyokong kebebasan penggunaan senjata mengejutkan ramai apabila menceritakan kehebatan anaknya di laman media sosial.

Bagaimanapun, pejabat Sherif Putnam di sini tidak menolak kemungkinan ibu berusia 31 tahun ini akan didakwa.

"Siasatan kami mendedahkan senjata api itu dimiliki secara haram oleh mangsa dan kanak-kanak itu mengambil ia tanpa pengetahuan ibunya," katanya.

Gilt, yang kini dalam keadaan stabil dan pihak polis masih belum berkesempatan untuk menyoal siasat beliau. Pistol .45 kaliber itu ditemui anak lelaki Gilt di atas lantai sebuah trak pikap.

Ketika kejadian, Gilt dikatakan sedang memandu trak berkenaan - AFP

Jamie Gilt, Sherif Putnam

Artikel Lain