SEORANG wanita berusia 28 tahun mendakwa telah dirogol manakala bayinya berusia 14 hari dibunuh dalam kejadian yang berlaku di depan anak perempuannya yang berusia tiga tahun. Ketika kejadian di Kampung Shishgarh, Uttar Pradesh , ibu kepada dua anak itu mendakwa telah diserang oleh pemandu dan konduktor bas yang berada dalam keadaan mabuk. Suspek dilapor telah mencekik wanita itu dan mencampak bayi yang didukungnya ke tanah sebelum merogol. Anak sulungnya yang berusia tiga tahun hanya mampu bersembunyi sambil melihat ibunya dirogol suspek. Superitendan Polis, Yamuna Prasad berkata, ketika kejadian, mangsa membawa bayinya yang sedang sakit untuk bertemu pengamal perubatan tradisional. "Ketika pulang, mangsa telah diserang dan dirogol di dalam bas di stesen bas tersebut. Selepas dirogol dia menemui bayinya yang tidak bernyawa lagi. "Dua suspek tersebut kini telah ditahan polis untuk tindakan lajut," katanya.