suria

Bashar al-Assad Perlu Undur Demi Keamanan Syria

GENEVA: Parti pembangkang Syria menegaskan Presiden negara itu, Bashar al-Assad perlu berundur sama ada hidup atau mati jika ingin rundingan damai terhadap perang saudara sejak lima tahun lalu berakhir dengan jayanya.

Rundingan damai yang diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bermula di Geneva pada Isnin ini bagi mengakhiri konflik yang mengorbankan seramai 270,000 orang dan memaksa sebahagian besar penduduk menjadi pelarian.

"Kami percaya peralihan akan bermula dengan kejatuhan atau kematian Bashar al-Assad.

"Ia tidak boleh bermula dengan kehadiran ketua rejim atau rejim yang masih berkuasa," kata ketua perunding parti pembangkang,  Mohammad Alloush dalam wawancara di Geneva.

PBB menggesa peralihan kerajaan dilakukan dengan satu perlembagaan baru diperkenalkan dalam tempoh enam bulan.


Syria, Bashar al-Assad

Artikel Berikut

Artikel Lain