suria

12 Militan, 2 Anggota Polis Terbunuh Dalam Pertempuran

ADEN: Seramai 12 ahli kumpulan militan dan dua anggota polis terbunuh dalam pertempuran darat dan serangan udara di sini pada lewat Sabtu.

Dalam pertempuran itu, jet pejuang dan helikopter Apache milik tentera gabungan Arab Saudi melakukan serangan melalui udara manakala polis di darat.

Berbalas serangan antara kedua-dua pihak bermula apabila berpuluh kenderaan yang membawa bendera militan menyerang polis yang cuba memasuki kawasan yang ditawan mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan polis berkata, kumpulan pengganas mendakwa mahu mengawal  keselamatan penduduk di daerah Mansura daripada dimasuki polis.

Serangan udara menggunakan Apache bermula ke atas pejabat perbandaran yang dijadikan tempat pengumpulan senjata kumpulan militan.

Aden, Yaman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain