suria

Indonesia Rangka Strategi 'Pisahkan' Banduan Militan

Abu Bakar Bashir tidak akan dipindahkan kerana faktor usia.

JAKARTA: Dua banduan di kalangan pemimpin pengganas akan dipisahkan bagi membendung pengaruh mereka terhadap tahanan lain dan pengikut di luar penjara.

Mereka yang dikenalpasti adalah Abu Bakar Bashir dan Aman Abdurrahman yang ketika ini menjalani hukuman penjara di Nusakambangan.

Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly berkata, selain itu, salah seorang pemimpin utama kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) juga mungkin dipindahkan ke sebuah kompleks penjara di pedalaman Kalimantan Barat.

"Ketika saya dan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan (Menkopolhukam), Luhut Pandjaitan melawat Nusakambangan pada Februari lalu, kami bersetuju untuk tidak diletakkan terlalu ramai pengganas di tempat sama," katanya.

Aman Abdurrahman.

Berdasarkan perbincangan awal, kerajaan masih mempertimbangkan sama ada untuk menggunakan penjara di Bengkayang dekat Kalimantan Barat bagi menempatkan beberapa pengganas berprofil tinggi.

Yasonna bagaimanapun memberitahu, Bashir tidak akan berpindah ke Bengkayang kerana sudah terlalu tua dan akan menyerahkan kepada agensi anti keganasan untuk menentukan siapa bakal dipindahkan. 


Artikel Lain