LIMA: Pengundi pada pilihan raya Presiden Peru adalah antara 23 yang maut dan 32 cedera apabila sebuah bas terhumban ke dalam sungai di pergunungan Andes pada Jumaat. Proses pengundian bagi pilihan raya itu dijadualkan berlangsung Ahad ini. Kejadian di tenggara negara itu menyebabkan hampir keseluruhan bas itu tenggelam dalam Sungai Mapacho, di kawasan tanah tinggi yang terletak di pedalaman negara itu. "Keadaan bas itu menyukarkan kerja-kerja menyelamat mangsa," kata jurucakap polis bandar Urcos, Linio Sanchez. Bas itu memulakan perjalanan dari bandar Puerto Maldonado pada Khamis dengan membawa 56 penumpang menuju bandar Cusco. Kejadian itu dipercayai berlaku apabila sebuah trak dikatakan memotong di depan bas berkenaan menyebabkan ia terbabas. - AFP