Timbalan Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Mejar Jeneral Polis Akkapop Prasitwattanachai berkata empat daripada yang tercedera dalam kejadian pada 5.30 petang itu, adalah dua anggota polis dan dua kanak-kanak perempuan.
Kanak-kanak lelaki yang maut itu dikenali sebagai Ahmad Yassin Madsan, manakala dua kanak-kanak perempuan yang cedera dipercayai mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mangsa yang terbunuh itu, katanya.
"Bom itu dipasang pada sebuah motosikal yang di parkir di tempat letak kenderaan stesen berkenaan. Letupan turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Akkapop berkata setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan bom itu, dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif insiden tersebut.