suria

Abrini Sebenarnya Rancang Serangan Baharu Di Paris

Suspek serangan Brussels dan Paris, Mohamed Abrini.

SUSPEK insiden serangan Paris dan Brussels, Mohamed Abrini mengakui merancang untuk melakukan serangan keganasan baharu di Paris tetapi kemudiannya terpaksa mengubahnya dengan menjadikan Brussels sebagai sasaran selepas menyedari dia diburu polis.

Portal Mail Online melaporkan bekas pembuat roti itu mengakui sebagai 'lelaki berpakaian putih' yang dilihat bersama-sama dengan dua pengebom berani mati di lapangan terbang di Brussels.

Suspek memberitahu pendakwa bahawa rancangan asalnya adalah melancarkan serangan di Paris tetapi siasatan polis yang begitu agresif membuatkan kumpulan pengganas itu menyasarkan lapangan terbang dan stesen kereta api metro di Brussels.

Abrini, 31, dikatakan sebagai dalam dalam serangan Paris pada November tahun lalu yang mengorbankan kira-kira 130 orang maut dan pengeboman di Brussels pada bulan lalu, mengakibatkan 32 orang terbunuh.

Suspek ditahan pada Sabtu lalu dan didakwa sebagai 'pembunuh pengganas'.

Suspek juga dipercayai telah berjumpa dengan satu kumpulan di Britain dan mengambil gambar beberapa tempat di Manchester, Birmingham dan London, dengan tujuan untuk menjadikan United Kingdom sebagai lokasi serangan.



Artikel Berikut

Artikel Lain