suria

Thailand Alami Cuaca Paling Panas Dalam Masa 65 Tahun

Kanak-kanak gemar menghabiskan masa menyejukkan badan di tasik, sungai dan laut sepanjang musim panas di Thailand.

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menggesa orang ramai supaya tidak melakukan kegiatan di luar dan minum lebih banyak air sepanjang cuaca panas terlampau yang melanda negara itu.

Ia dikatakan cuaca paling panas dalam tempoh 65 tahun dengan purata suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius di kebanyakan wilayahnya pada April.

Menurut Jabatan Meteorologi, purata suhu di seluruh negara itu melepasi tahap amaran dan cuaca panas dijangka berterusan, demikian menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

Pada April, purata suhu di kebanyakan wilayah meningkat lebih 40 darjah Celsius, malahan mencatat sehingga 44.3 darjah Celsius, lapor VNA.

Pihak berkuasa juga mengingatkan orang ramai mengenai risiko kejadian lemas kerana orang ramai tertumpu di kawasan pantai, tasik dan sungai kerana cuaca panas melampau.

Sejak awal bulan ini, seramai 135 kanak-kanak Thailand mati lemas. --Bernama

Thailand, VNA, Celsius

Artikel Lain