suria

Pesawat Berpatah Balik, Penumpang Mabuk Kunci Diri Dalam Tandas

Pesawat EasyJet mendarat di lapangan terbang selepas berpatah balik akibat tindakan seorang penumpang mabuk.

SEBUAH pesawat EasyJet bagi penerbangan dari Bristol ke Malaga terpaksa berpatah balik ekoran tindakan seorang penumpanh mabuk yang mengunci diri dalam tandas.

Portal Mail Online melaporkan bahawa kejadian itu berlaku pada Rabu lalu selepas penerbangan selama 30 minit.

Seorang lelaki yang mendakwa anak perempuannya merupakan penumpang bagi penerbangan itu memberitahu di Twitter bahawa lelaki mabuk itu mengunci dirinya di dalam tandas dan enggan keluar.

Keadaan itu memaksa penerbangan berpatah balik.

Penumpang berkenaan ditahan polis sebaik sahaja pesawat tiba di lapangan terbang.

Seorang jurucakap EasyJet membuat pengesahakan berhubung insiden itu kepada Mail Online.

"EasyJet mengesahkan penerbangan EZY6057 dari Bristol ke Malaga pada 27 April berpatah balik ke Bristol selepas seorang penumpang membuat gangguan.

"Kami mengambil insiden sebagai sesuatu yang amat serious dan tidak akan bertolak ansur terhadap ancaman akibat tindakan seseorang dalam pesawat.

"Keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan EasyJet," kata jurucakap itu. - MAIL ONLINE


Artikel Lain