SEKUMPULAN lelaki bersenjata yang berpakaian sut melancarkan serangan di Tel Aviv, mengakibatkan sekurang-kurangnya empat maut. Kira-kira enam orang lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah restoran di tengah bandar Israel. Seorang mangsa dipercayai merupakan kanak-kanak berusia empat tahun dalam keadaan kritikal. Pasukan perubatan berusaha untuk menyelamatkan salah seorang mangsa yang cedera. Polis Israel menyifatkan insiden tembakan tersebut sebagai serangan yang menyasarkan rakyat negara itu. Pegawai mengesahkan dua lelaki bersenjata terlibat dalam serangan itu, di mana salah seorang telah ditahan manakala seorang lagi dilaporkan cedera. Jurucakap polis, Luba Samri dalam satu kenyataan berkata, kumpulan pengganas yang melancarkan serangan itu merupakan hubungan sepupu dari daerah Hebron. Difahamkan, pihak polis sedang memburu suspek ketiga dipercayai melarikan diri. Polis menahan salah seorang suspek. Menurut polis, mangsa yang cedera merupakan mereka yang berada di kafe di sebuah kompleks. Tambah mereka, senjata yang digunakan penyerang telah ditemui. Insiden berlaku di kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai kafe dan restauran popular, dekat dengan ibu pejabat ketenteraan dan kawasan Kementerian Pertahanan. - Mail Online