"Awal hari ini, polis menyerbu 16 lokasi untuk menahan 13 suspek ISIS, termasuk tiga warga asing," kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Beliau tidak mendedahkan kerakyatan suspek asing itu, tetapi berkata adalah 'mungkin' sekurang-kurangnya salah seorang daripada pengebom di lapangan terbang Ataturk adalah warga asing.
Akhbar Hurriyet mengenal pasti salah seorang daripada tiga pengebom yang menyerang lapangan terbang paling sibuk di Turki pada hari Selasa sebagai Osman Vadinov, pejuang Chechen yang berasal dari Rusia.
Tiada yang mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Ataturk, salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di Eropah.
Turki telah menyerbu sel-sel IS selepas berlakunya siri serangan maut di mana kumpulan militan dipersalahkan.